Sunday, August 28, 2016

Ibnu Taimiyyah

Profesor Yusof Al Qardawi, ketua kesatuan ulama sedunia dalam memperkatakan tentang ibnu Taimiyyah beliau menyebut, bahawa ibnu Taimiyyah merupakan di antara imam yang memberikan petunjuknya kepada umat manusia dan memiliki tonggak kuat dalam memahami keutamaan dan kefahaman perbandingan.

Ibnu Taimiyyah bukanlah sekadar seorang ulama yang menjadi rujukan umat islam di zamannya,bahkan beliau juga merupakan antara pahlawan islam yang sentiasa turut serta berperang menentang musuh musuh Allah.

Beliau juga disebut sebagai mujaddid atau pembaharu pada zamannya yang mana hasil pemikiran beliau telah menjadi rujukan sehingga ke hari ini melalui hampir 500 karya karya beliau.

Jasa dan hasil pemikirannya ternyata besar kepada umat islam, namun telah menjadi lumrah orang yang berjuang, lumrah orang yang mengikuti jalan para nabi,bahawa fitnah dan hasad dengki manusia lain kepadanya tidak pernah berkurangnya, saat hidupnya sehingga selepas kematiannya, fitnah dan tohmahan buruk tidak pernah lekang dibibir para pendusta agama.

Sewajarnya generasi hari ini tidak termakan dengan dakwaan dakwaan jahat dan keji musuh Sheikh islam tersebut,sebaliknya harus berusaha untuk cuba mengenali siapa ibnu Taimiyyah dengan lebih dekat lagi.

Taqiyuddin Abdul Abbas Ahmad bin Abdul Halim bin Abdul Salam bin Taimiyyah al-Harrani al- Hambali merupakan nama penuh ibnu Taimiyyah, dilahirkan di negeri yang terletak ditengah tengah Sungai Dajlah dan Sungai Furat. Keluarga ibnu Taimiyyah terkenal sebagai penganut agama islam bermazhab Hambali yang taat.Pada usia lima tahun ibnu Taimiyyah dan keluarnya menjadi pelarian di Damsyik akibat peperangan yang melanda di negeri yang mereka duduki.

Guru pertama ibnu Taimiyyah adalah ayah beliau sendiri dan kemudian menyambung pengajian di beberapa madrasah lain, sepanjang pengajian itu ibnu Taimiyyah telah menghafal al Quran dan Hadith, beliau telah belajar tafsir, tauhid, fiqh, usul fiqh, ilmu kalam, nahu, saraf, balaghah,mantik,falsafah dan bahasa.

Ibnu Taimiyyah merupakan seorang tokoh yang keras dalam pertahankan kesucian islam, beliau tegas menentang amalan amalan baru yang tiada asas di dalam islam (bid'ah) dan kekufuran, beliau tidak tunduk kepada celaan para penentangnya melainkan terus teguh melaksanakan amar maaruf nahi mungkar. Cita cita beliau hanyalah untuk mempastikan ajaran islam kembali sebagaimana dibawa Nabi Muhammad SAW.

Ketegasan ibnu Taimiyyah menyebabkan beliau terpaksa meringkuk beberapa kali di dalam penjara, samada kerana pegangannya yang tidak seiring amalan pemerintah,mahupun kerana fitnah fitnah para ulama berhati busuk terhadap beliau.

Disebalik ketegasan beliau mempertahankan kesucian agama, ibnu Taimiyyah juga merupakan seorang ulama yang berakhlak mulia dan penyabar, walaupun pernah diberi penghormatan oleh sang penguasa,yang menghadirkan di hadapannya orang orang yang pernah menfitnah,menzalimi,dan mengusir beliau,dan beliau bebas melakukan apa sahaja, namun ibnu Taimiyyah memilih untuk memaafkan mereka.

Ketika tentera tartar menyerang Syam, ibnu Taimiyyah berada di barisan hadapan tentera untuk memerangi musuh musuh Allah ini, beliau bertanggungjawab membakar semangat jihad para pemuda berhadapan tentera Tartar yang kejam dan zalim itu.

Ibnu Taimiyyah juga mempunyai sifat berani yang unggul, kisah beliau berhadapan Qazan yang memimpin armada tentera menyerang negeri Syam, sewajarnya menjadi contoh teladan para ulama hari ini. Apabila mendapat berita akan kedatangan Qazan, ibnu Taimiyyah bersama beberapa ulama mengambil keputusan untuk berjumpa sendiri dengan Qazan  bertujuan untuk mendapatkan jaminan keamanan. Pada hari berlangsungnya pertemuan bersejarah itu, Ibnu taimiyyah hadir dengan menyampaikan ayatul quran dan hadis nabi tentang keadilan dihadapan Qazan,dan beliau mengesa para tahanan muslim dikembalikan ke pangkuan keluarga mereka sehinggakan Qazan sendiri kagum dan takjub dengan sikap dan keberanian ulama besar itu.

Pada majlis yang sama saat dihidangkan makanan kepada ibnu Taimiyyah dan para ulama lain, ibnu Taimiyyah enggan memakan makanan tersebut dan apabila ditanya oleh Qazan mengapa beliau bersikap sedemikian, jawabnya ibnu Taimiyyah beliau tidak rela memakan barang rampasan dari harta orang lain. Namun begitu Qazan tetap meminta agar Ibnu Taimiyyah mendoakan beliau, lalu ibnu taimiyyah dengan sukacita mendoakan Qazan yang berbunyi "Ya Allah,sesungguhnya Engkau maha mengetahui,jika dia (Qazan) berjuang untuk meninggikan kalimahMu, berikanlah dia kekuatan dan kemenangan,namun jika dia berjuang demi harta dan dunia, maka berserahlah kepadaMu apa yang perlu dilakukan terhadapnya..."

Qazan tetap mengaminkan doa Ibnu Taimiyyah,namun para ulama yang hadir bersama ibnu Taimiyyah bimbang dan memegang pakaian mereka kerana takut Qazan akan marah dan membunuhnya.

Selesai pertemuan itu, para ulama memarahi ibnu Taimiyyah dengan mengatakan bahawa beliau hampir membinasakan mereka, lalu mereka memilih jalan lain dan ibnu Taimiyyah memilih jalan yang lain juga.

Tuesday, July 26, 2016

Ibnu Taimiyyah dan penjara

Umum mengenali siapa Ibnu Taimiyyah Dan betapa beliau dicintai umat Islam yg dahagakan kebenaran Dan mementingkan kesucian Islam namun dibenci ahli syirik Dan bid'ah.  Lantaran kebencian Dan hasad dengki itu, sheikh al Islam Ibnu Taimiyyah sebenarnya pernah dipenjara sebanyak beberapa Kali kerana difitnah dan hanya kerana berkata yg benar Dan menolak yang batil..

Kali pertama beliau dipenjarakan kerana dituduh memiliki sikap antropomorfik (sifat yg dikaitkan dgn bukan manusia),Tanpa diberi peluang membela diri,beliau dipenjarakan buat Kali pertama.

Kali kedua beliau dipenjarakan di Mesir kerana mkritik pandangan hidup Sufi,kemudian beliau diasingkan ke Iskandariah Dan dikenakan tahanan Rumah.

Pada tahun 1313 masihi beliau di Damsyik,beliau menolak arahan sultan utk tidak bfatwa btentangan mazhab hambali (mazhab beliau sendiri) lalu dipenjarakan pula selama 5 bulan 18 hari.

Pada 1326 sekali lagi beliau bersama muridnya Ibnu Qayyim al Jawziyyah dipenjarakan kerana mgeluarkan fatwa bkaitan amalan menziarahi kubur.

Seterusnya Pada tahun 705 hijrah beliau menolak faham wahdatul wujud oleh Ibnu Arabi. Berbekal tipu helah,pengikut ibn arabi  bjaya memenjarakan ibnu Taimiyyah sekali lagi.setelah beberapa bulan dipenjarakan beliau diberi pilihan utk bebas dgn syarat akur dgn faham akidah pemerintah namun beliau pilih kekal dpenjara.

Dan Kali terakhir beliau dipenjarakan iaitu pd usia 65 thn,Dan tidak akan ada lg penjara utk beliau kerana berbekal seksaan yg diterimanya Pada 1328 di penjara Qal',ah Damsyik bersaksikan Ibnu Qayyim,beliau wafat Dan menemui pciptanya.

Beliau diseksa dan dipenjara dgn mjaga kemuliaan dan sesucian agama dari fahaman yg myimpang. Tidak undur dek ugutan tidak termakan dek habua,Dan beliaulah ulama yg selayaknya digelar pewaris nabi..

Sunday, March 8, 2015

Jatuh bangun empayar Islam..

Tarikh 3 Mac menjadi tarikh dukacita umat islam atas runtuhnya secara total sistem khalifah pada tahun 1924..

Namun 3 Mac 1924 bukanlah kejatuhan kali pertama, empayar islam pernah runtuh sebelum itu iaitu pada zaman pemerintahan Abbasiyah dibawah Khalifah Mu'tasim, ya.. Khalifah yang sama, apabila dilaporkan kepada beliau bahawa di hujung negeri ada,seorang wanita muslim diganggu oleh musuh islam, lalu dia mengarahkan seangkatan tentera ke negeri itu yang mana,bila sampai barisan hadapan tentera islam, maka ekornya masih di pintu gerbang Baghdad.

Kejatuhan pada zaman khalifah mu'tasim di tangan tentera mongol adalah sangat dasyat, ratusan ribu umat islam dibunuh dan khalifah mu'tasim sendiri dibunuh dengan cara yang sangat keji.. Dan satu persatu kerajaan islam jatuh sehinggalah... sehinggalah satu zaman datang seorang khalifah baru, khalifah yang berjaya menyatukan umat islam dan merampas kembali tanah islam termasuk Baitul Maqdis, empayar islam kembali menyinar, beliau adalah, Salahuddin Al Ayubi..

Dan kita juga kembali ke zaman kejatuhan iaitu pada 3 Mac 1924, dan malangnya,setelah kita amati dengan teliti,selain faktor luar yang mendorong kejatuhan empayar islam,tidak dinafikan faktor dalaman juga menjadi faktor yang sangat mendorong kepada kejatuhan ini..

Antaranya adalah khalifah yang lemah , saat khalifah mu'tasim memerintah, beliau adalah seorang yang agak lemah dan senang dipengaruhi pembantunya (bukan menantunya), dilihat beliau hanya berperanan scra formal namun yang lebih berkuasa adalah pegawai beliau.Kemudian wujud pertelingkahan sesama islam dalam merebut takhta khalifah, wujudnya aliran aliran yang memecahkan dalam islam seperti syiah, mu'taziah (khalifah mu'tasim adalah seorang mu'tazilah dan beliaulah yang turut memenjarakan imam ahmad yang menolak quran adalah makhluk) dan sebagainya. Begitu juga pada zaman Sultan Abdul Hamid,wujud kelemahan dalam pentadbiran Khalifah sehinggalah akhirnya musuh berjaya menjatuhkan kita.

Namun,wajar diketahui, SELEMAH LEMAH KHALIFAH ADALAH RAKSAKSA , yang jika dibangunkan akan mengegak gembitakan dunia.

Wallahu a'lam.. moga umat islam tabah menghadapi saat kedukaan ini, dan yakinlah pada janji tuhan yang maha esa, yang tidak pernah memungkiri janjinya, bahawa satu masa kelak,kita PASTI akan menyinar kembali..

Thursday, January 8, 2015

Kisah Kaab Bin Malik




“Dan terhadap tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat) mereka, hingga apabila bumi telah menjadi sempit bagi mereka, padahal bumi itu luas, dan jiwa mereka pun telah sempit (pula terasa) oleh mereka, serta telah mengetahui bahwa tidak ada tempat lari dari (siksa) Allah melainkan kepada-Nya saja. Kemudian, Allah menerima taubat mereka agar mereka tetap dalam taubatnya. Sesungguhnya Allah-lah Yang Maha Menerima taubat lagi Maha Penyayang.” (At-Taubah:118)

Salah satu kisah masyur sahabat nabi, berkisar kejujuran dan kecintaan pada Allah dan Rasulnya..

Ketika Nabi menyeru untuk umat islam bersama sama baginda dalam perang Tabuk,semua orang islam (mukmin) menyahut seruan baginda melainkan orang orang munafik,tua dan uzur.


Kaab ketika mendengar seruan itu,beliau dalam keadaan senang dan kebun kebun beliau berbuah,lalu saat orang lain membuat persiapakan perang,maka beliau bertangguh tangguh, merasakan beliau mampu bersiap walaupun lewat bermula, namun saat tentera muslimin sudah mula bergerak,barulah beliau sedar,bahawa beliau sudah terlewat.

Lalu bila beliau keluar rumah,beliau lihat orang orang yang tinggal dirumah adalah orang orang muanfik yang beliau tahu mereka munafik sahaja,dan beberapa orang tua dan uzur.. Lalu timbulkan penyesalan dalam diri beliau.

Di Badar,Nabi perasan ketidakhadiran Kaab,lalu bertanya kepada sahabat yang lain,ada seorang mengatakan "kaab diuji dengan pakaian yang cantik lalu beliau tidak hadir" , tapi Muaz Bin Jabbar mengatakan "aku tidak tahu apa2 tentang Kaab melainkan yang baik baik sahaja" ..

Perang Tabuk berakhir dengan kemenangan tentera muslimin , lalu mereka berangkat pulang dan nabi segera ke masjid untuk menunaikan solat 2 rakaat, ketika nabi solat,datanglah kira kira 80 orang yang tidak hadir perang untuk memberi alasan kepada nabi, dan majoriti antara mereka adalah golongan munafik,namun kerana mereka beri alasan dan keuzuran mereka (perlu jelas ciri ciri org muanfik), lalu nabi mendoakan keampunan mereka.

Kaab mengumpulkan ahli keluarga beliau,untuk tanya apa alasan untuk diberikan kepada nabi,adakah beliau juga perlu berbohong...........?

Bila tiba giliran Kaab, Rasulullah senyum melihat Kaab, namun Kaab perasan disebalik senyuman itu ada kemarahan nabi.

Lalu nabi bertanya kepada Kaab alasan ketidakhadiran beliau, lalu Kaab berkata,

"Ya Rasulullah, jika aku berada di hadapan pemimpin pemimpin dunia lain,aku akan mencipta alasan untuk membuatkan mereka terima ketidakhadiran aku,sesungguhnya kau tahu aku adalah orang yang paling pandai berhujah,namun di hadapan mu,aku hanya mampu berkata benar" dan Kaab menceritakan kisah beliau.

Lalu nabi mengarahkan umat islam Madinah memulaukan Kaab selama 40 hari..

Bersama sama Kaab adalah 2 orang lain sahabat yang turut berkata jujur dan dipulaukan selama 40 hari,iaitu Hilal Bin Umaiyah dan Murarah bin Rabi’ah.

Saat dipulaukan, Murarah dan Hilal masing masing berada di dalam rumah dan tidak keluar,namun Kaab masih ke Masjid dan menunaikan solat berjemaah,namun beliau tidak dipedulikan orang ramai termasuk nabi sendiri.

Dalam tempoh mereka dipinggirkan itu,datang ujian Allah pada Ka'ab bila utusan dari Raja Ghassan untuk menjemput Ka'ab ke sana dan tinggal di sana dengan dijanjikan layanan yang baik dari raja. Namun Ka'ab langsung membakar surat tersebut..

Kaab ketika itu menyatakan kebimbangan beliau jika beliau mati,nabi tidak solatkan jenazah beliau.

Satu ketika beliau ke kebun dan berjumpa sepupu dan merupakan kawan baik beliau,lalu beliau mengatakan "tahukah kamu aku benar benar cinta akan Allah dan Rasulnya" , lalu sepupunya berpaling dan berjalan ke arah lain,lalu beliau pergi ke hadapan sepupunya dan berkata  "tahukah kamu aku benar benar cinta akan Allah dan Rasulnya" , lalu sepupunya sekali lagi berpaling dan berjalan ke arah lain,lalu beliau pergi sekali lagi ke hadapan sepupunya dan berkata  "tahukah kamu aku benar benar cinta akan Allah dan Rasulnya" , kemudian sepupunya akhirnya menjawab "Hanya Allah dan Rasulnya lebih tahu,aku tidak tahu apa apa" ..

Selepas 40 hari dipinggirkan,datang utusan nabi untuk memerintahkan Ka'ab dan dua rakannya untuk menjauhi isteri masing masing. Ka'ab bertambah sedih lalu bertanya utusan tersebut samada beliau harus menceraikan atau sekadar mjauhkan diri,maka jawab sang utusan,hanya menjauhkan diri.Lalu Kaab mengarahkan isterinya pulang ke rumah ibu bapanya.. Isteri Hilal memohon dari Rasululah agar beliau dibenarkan melayani Hilal kerana beliau sudah uzur lalu nabi membenarkan.

Pada hari ke 50,ketika Kaab usai solat subuh,datang seorang yang berkuda meluru ke arah beliau sambil menjerit "Wahai Ka’ab bin Malik, bergembiralah! Wahai Ka’ab bin Malik, bergembiralah!"

Kerana terlampau gembira dengan berita itu,beliau menyerahkan satu satunya pakaian yang dia ada (jubah) dan saat beliau masih memakaikan kepada utusan tersebut lalu kemudinnya,beliau ke Masjid,

Nabi juga kelihatan gembira dengan apa yang berlaku,saat beliau berhadapan rasulullah, beliau bertanya "Apakah khabar gembira ini dari mu ya Rasulullah,atau dari Allah" , nabi kemudian berkata "Dari Allah" dengan firmannya ,

“Dan terhadap tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat) mereka, hingga apabila bumi telah menjadi sempit bagi mereka, padahal bumi itu luas, dan jiwa mereka pun telah sempit (pula terasa) oleh mereka, serta telah mengetahui bahwa tidak ada tempat lari dari (siksa) Allah melainkan kepada-Nya saja. Kemudian, Allah menerima taubat mereka agar mereka tetap dalam taubatnya. Sesungguhnya Allah-lah Yang Maha Menerima taubat lagi Maha Penyayang.” (At-Taubah:118)

Ayat ini diturunkan kerana komitednya Kaab terhadap islam dan agamanya,cintaanya kaab kepada Allah dan Rasulnya,kejujuran dan pengorbanan.. ayat ini telah membuktikan,bahawa memang CONFIRM Kaab adalah seorang muslim dan bukan munafik kerana ia diperakui Allah sendiri..

Sunday, January 4, 2015

Raikan perbezaan : Bukan sekadar toleransi, sebaliknya menghargai

Perbezaan pandangan pada hari ni dianggap sebagai satu musibah, dianggap sebagai satu bala memecah belah dan dianggap setiap muslim itu berpecah hingga tiada titik persamaannya,namun sedar atau tidak, mudahnya mengamalkan islam hari ini adalah kerana perbezaan pandangan para ulama silam.

Ketika ulama besar islam masih hidup,mereka menulis kitab bertujuan untuk membukukan ilmu ilmu islam,namun fitrah manusia,wujudkan perbezaan pandangan antara mereka, dan pada ketika itu ummah mendapat rahmat dari perbezaan pandangan itua kerana telah terhasillah buku dan kitab yang menukilkan perbezaan pandangan para ulama akan perkara perkara tertentu dengan hujah hujah mereka tersendiri.


Dari kepelbagaian pandangan ini sekaligus menghasilkan perbagai pilihan kepada umat islam terutamanya dalam bidang feqah.

Bagaimana cara berfikir kita bila wujud 2 pandangan berbeza antara ulama adalah selama masalah itu khilaf antara mereka (para ulama),kita boleh memilih salah satu kerana tiada pertanggunjawaban keatas kita akan tindakan itu. Bahkan para ulama yang khilaf itu juga, andai kata salah seorang daripada mereka itu salah, maka tidak dihukum hanya karana kesahalan dalam ijtihadnya. Bila ijtihadnya salah, dia tetap dapat pahala. Sebaliknya, bila ijtihadnya benar, dia akan dapat dua pahala.

Sebagai orang awam, kita tidak diwajibkan melakukan ijtihad sendiri, Maka kita dibolehkan bertaqlid kepada fatwa para ulama mujtahid yang diakui kemampuannya.

Satu satunya "ijtihad" yang orang awam boleh lakukan (jika mahu keyakinan) adalah bertanyakan dalil.. Jika seseorang ustaz mengatakan "ini sunnah" , "ini haram" , namun kita ragui betul ke tidak,maka wajar kita bertanyakan dalil.
Kerana dalam hujah hujah para ulama silam,memang ada dinyatakan dalil untuk pandangan mereka, masalah hanya pada ulama hari ini,mereka beri pandangan sendiri namun menggunakan nama ulama silam,maka wujudlah "dalil murtabak" etc, tidak kurang ada dalam kalangan mereka mengharamkan anak murid untuk meminta dalil atas alasan "adab berguru"..

Moga tahun 2015, perbezaan pandangan akan semakin diraikan, bukan sahaja saling toleransi,sebaliknya saling menghargai..
Rujukan :
1.Biarpun tidak bersetuju,jiwa tetap bersatu - Ustaz Pahroi Muhammad Juoi
2.Fiqih Ikhtilat - Ahmad Sarwat, Lc

Tuesday, December 30, 2014

Ucapan "Merry Chrismas" .

Dalam bab ucapan sambutan hari natal kepada kawan kawan yang beragama kristian, umat islam harus betulkan niat, kita berhak untuk memilih pandangan yang membenarkan ucapan ini tanpa perkecilkan pandangan lain yang melarang.

Niat bilamana kita ucapkan adalah untuk meraikan kawan/sahabat kita, bukan meraikan perayaan tersebut,sebagaimana jika hari raya sekalipun,sahabat sahabat yang non muslim meraikan kita, bukan mereka meraikan perayaan kita.

Keberadaan kita dalam masyarakat plural di Malaysia , menjadikan pandangan yang membenarkan ucapan tersebut realistik dan tepat, tambahan pula dalam keadaan hubungan antara kaum yang meruncing, di kesempatan yang wujud wajar untuk kita raikan kegembiraan sahabat sahabat kita yang beragama kristian,maka akan mewujudkan rasa kebersamaan antara kita dan mereka..Li Taarafu.. Saling kenal dan kita hargai satu sama lain.

Namun jika ucapan itu diucapkan sekadar untuk provokasi,atau menunjukkan kita berbeza dari orang lain,menunjukkan kita ini berlawan arus,special atau untuk menunjukkan kita 'cool' namun dalam kalangan fb friend takde sorg pun kawan kawan beragama kristian , maka kita persoalkan tindakan itu UNTUK APA?

Kita sebagai orang awam, tidak wajar pertikaikan ijtihad ulama2 dengan pandangan kita,sebaliknya raikan semuanya..Kalian berhak jadi 'syadid' namun jangan halang mereka yang mengamalkan 'wassatiyah'..

Thursday, September 18, 2014

Boroi : Rahmat atau malapetaka.

Gambar hiasan yang tiada kene mengena pun :3
Aku secara peribadi menyokong usaha "Get Fit,Malaysia" oleh YB Khairy, walaupun sering dikatakan boroi itu ada kebaikan,bahkan ditulis perbagai artikel memuji kelebihan menjadi boroi, serta menandakan isteri pandai masak etc, aku tidak bersetuju dengan sebarang pujian,atau penerimaan pada permasalahan boroi.

Boroi adalah lemak berlebihan pada perut dipercayai berpunca dari pemakanan yang berlebihan + kurang bersenam , walaupun pada bunyinya memang boroi kedengaran negatif,namun ada suara yang pertahankan bahkan mengeluarkan 'dalil2' kenapa boroi itu baik..Pun begitu,jom kita balek satu kisah di zaman Saidina Umar..

Sedang Umar meronda di Pasar, beliau melihat seorang lelaki yang perutnya maju ke depan (boroi) dengan banyak sekali , lalu dengan menggunakan tongkat beliau memukul perut lelaki itu seraya bertanya,

"Apa ini apa ini?"

Lalu lelaki itu menjawab "Inilah rahmat dari tuhan",

Dengan tegas Umar menjawab , "Ini adalah malapetaka,Malapetaka" ..